Walau Menang Anugerah, Ayda Jebat Akui Tertekan Dengan Kritikan
Baru-baru ini Ayda Jebat telah berjaya merangkul pelbagai pada Anugerah Meletop Era namun dalam masa yang sama perkara tersebut turut membuatkan dirinya tertekan akibat komen nagatif daripada pengikutnya di laman sosial.
“Selepas kemenangan ini, banyak komen negatif dan luahan tidak puas hati saya dengar. Tertanya-tanya juga adakah menjadi satu kesalahan apabila kemenangan berpihak kepada saya? Dua hari selepas majlis itu berlangsung, saya bertemu dengan Johan, Ray dan Haniff secara kebetulan”
“Mereka banyak menasihati saya. Antaranya, jangan pedulikan kata-kata negatif yang dilemparkan orang ramai. Mungkin juga kerana sikap saya yang suka membaca komen peminat membuatkan saya tertekan dan hilang keyakinan”
“Selepas mendengar nasihat Johan, saya abaikan semua komen tidak membina malah ada juga yang saya buang dan sekat di laman Instagram saya,” jelasnya kepada Harian Metro.
Selain itu, Ayda juga menyatakan bahawa dia sangat bersyukur kerana sentiasa mendapat sokongan peminat yang tidak putus-putus. (rtky/s)
0 Response to "Walau Menang Anugerah, Ayda Jebat Akui Tertekan Dengan Kritikan"
Post a Comment