Selebriti Berbadan Besar Mampu Ke Hadapan

Selebriti Berbadan Besar Mampu Ke Hadapan



Pelawak, Abam Bocey menyifatkan percalonannya dalam tiga kategori untuk Anugerah Bintang Popular BH ke-29 (ABPBH 29) telah membuktikan selebriti berbadan besar sepertinya mampu ke hadapan.
“Bukan senang menjadi orang berbadan besar. Kami tidak seperti orang biasa yang lain. Sebagai contoh, apabila saya berada di atas pentas, perkara pertama yang dirisaukan ialah bagaimana jika pentas tempat saya berdiri itu roboh? Takut juga jika ia tidak dapat menampung berat badan saya”
“Selain itu, mempunyai saiz badan yang besar membuatkan diri cepat berasa penat. Saya perlu menguruskan jadual untuk berehat setidak-tidaknya sehari selepas dua hari bekerja kerana cepat penat. Apabila benda-benda kecil seperti ini berlaku, ia membuatkan golongan seperti saya mudah berputus asa,” katanya kepada BH Online.
Baginya lagi, mendapat tiga percalonan didalam anugerah terbabit dan ditambah pula dengan persaingan daripada selebriti lain, ianya sudah pun menjadi satu kemenangan bermakna buatnya sebagai anak seni. (rkty/w)

0 Response to "Selebriti Berbadan Besar Mampu Ke Hadapan"

Post a Comment