Raja Farah sedia tinggalkan dunia lakonan demi suami??

Pelakon Raja Farah mengakui yg dia bersedia meninggalkan dunia lakonan sejak dirinya disahkan hamil.

Raja Farah tidak ralat hendak berhenti walaupun dia sudah berada di industri lakonan sejak zaman remajanya lagi. Dia juga mahu mengutamakan pengurusan keluarga.

"Suami meminta saya rehat sahaja di rumah. Malah, jelasnya jika sudah ada anak nanti, dia amat senang kalau saya menguruskan anak kami sepenuhnya," katanya.

Raja Farah akan menunaikan apa saja yg diminta suami kerana yakin ia adalah utk kebaikan dirinya juga. Dia juga kini sedang cuba menceburi bidang perniagaan dan minatnya itu disokong suami.

0 Response to "Raja Farah sedia tinggalkan dunia lakonan demi suami??"

Post a Comment