Mia Sara Mohon Produksi Lebih Terbuka Terima Pelakon Berhijab
Bagi bintang cilik yang baru mengenakan hijab, Mia Sara, dia kini memohon penerbit untuk menghormati pelakon yang usah berhijrah. Mia menyuarakan pendapatnya itu apabila ada sesetengah pelakon yang terpaksa mengikut kehendak produksi.
“Tidak wajar meletakkan seluruh kesalahan kepada pelakon apabila mereka terpaksa membuka tudung untuk menjayakan sesuatu watak. Pada pandangan saya, orang yang menyebabkan mereka bertindak demikian juga patut dipersalahkan”
“Dalam hal ini, saya berharap produksi bersikap lebih terbuka dan menerima pelakon bertudung seadanya. Jangan ubah penampilan mereka apabila sudah menetapkan pendirian untuk berhijab. Kita bertudung kerana Allah dan bukan untuk memuaskan hati orang lain”
“Jadi kenapa perlu kita mengikut cakap mereka? Saya bertudung atas kerelaan diri dan ia datang dari hati. Apabila usia semakin meningkat, saya jadi tidak selesa apabila terpaksa membuka aurat,” katanya kepada BH Online.
Tambah Mia, dia mengakui sebelum ini pernah diminta menanggalkan hijab jika ingin terbabit dalam sesebuah produksi tersebut. Mia juga menyuarakan rasa syukurnya kerana dibukakan pintu hati untuk berhijrah pada usia muda. (rtky/s)
0 Response to "Mia Sara Mohon Produksi Lebih Terbuka Terima Pelakon Berhijab"
Post a Comment