#Tahukah anda perbelanjaan hari jadi Najib Razak pada 24 Julai 2011 di Seri Perdana berjumlah RM79,053.
#Rafizi Ramli pada sidang medianya di Parlimen memberitahu, majlis tersebut menyajikan 47 juadah istimewa termasuklah daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan Barat dan lain-lain.
#“Berdasarkan ‘Banquet of Order’ (BEO), majlis tersebut dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri, walaupun jelas ia adalah majlis peribadi Najib,” kata Rafizi.
#Purata perbelanjaan untuk 100 tetamu itu ialah RM207, RM7,000 bagi undangan kugiran Syed Sobri dan undangan kugiran ‘Batak’ (RM5,000) serta RM750 bagi 5 gelen minuman.
Manakala RM30,000 untuk gubahan bunga dan RM12,000 caj pengendalian cukai menjadikan jumlah keseluruhan RM79, 053.
Manakala RM30,000 untuk gubahan bunga dan RM12,000 caj pengendalian cukai menjadikan jumlah keseluruhan RM79, 053.
#Rafizi turut mendedahkan bukti baru yang belum disangkal Najib berhubung tempahan majlis pertunangan anaknya di Hotel Shangri-La atas nama pejabat Perdana Menteri.
Salinan BOE Shangri-La Hotel yang dikemukakan Rafizi menunjukkan pada ruang ‘function’ bertulis ‘Private Dinner hosted by PM’.
Salinan BOE Shangri-La Hotel yang dikemukakan Rafizi menunjukkan pada ruang ‘function’ bertulis ‘Private Dinner hosted by PM’.
#Manakala alamat penganjur ialah ‘Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan’, iaitu pejabat Perdana Menteri sendiri.
#“Persoalan yang dibawa bukanlah semata-mata siapa yang menanggung kos majlis pertunangan, tetapi ketelusan dan operasi pejabat Perdana Menteri yang sewajarnya mengasingkan kepentingan peribadi dengan tugasan rasmi.
“Najib menjanjikan transformasi politik, ekonomi dan sosial. Tapi gagal menunjukkan contoh,” tegas Rafizi mempersoalkan slogan yang dilaungkan BN seperti dasar ETP (Program Transformasi Politik).
“Najib menjanjikan transformasi politik, ekonomi dan sosial. Tapi gagal menunjukkan contoh,” tegas Rafizi mempersoalkan slogan yang dilaungkan BN seperti dasar ETP (Program Transformasi Politik).
#“Jika perbelanjaan mewah ini ditanggung penaja, apakah ia tidak mempengaruhi keputusan Najib selama ini? Dan wajarkan Najib berbelanja mewah ketika konsep ‘wasatiyyah’ dan kesederhanaan diperkenalkannya sendiri dalam pentadbiran.
#Katanya lagi, sementara rakyat ‘ikat perut’ dan berjimat cermat, purata belanja hari jadi Najib yang mencecah RM800 itu lebih tinggi dari pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang berjumlah hanya RM500 ketika itu
Sementara itu, Rosmah yang lahir pada 10 Disember, akan mengadakan majlis ulangtahun kelahirannya pada 13 Disember ini di dewan Bankuet Kediaman Seri Perdana, Putrajaya.
#Dijangka perbelanjaan untuk majlis itu turut memakan puluhan ribu ringggit.
0 Response to "PERBELANJAAN HARI LAHIR ROSMAH MENCECAH RM79,000…!!"
Post a Comment