Neelofa Suka Kuasai Hubungan, Mahu Teman Hidup Yang Matang
Jika baru-baru ini Neelofa pernah mengakui bahawa dia mulai risau tidak bertemu jodoh menjelang usia 30 tahun, dalam masa yang sama pengacara dan pelakon ini juga mengakui dia mahukan teman hidup yang matang.
“Saya pernah bercinta dengan seorang lelaki yang 20 tahun lebih tua daripada saya namun usia atau status bukan ciri-ciri lelaki pilihan, saya sebenarnya lebih gemar lelaki matang serta mempunyai keperibadian yang tinggi”
“Malah, saya juga tidak meletakkan sebarang usia namun apabila menjelang usia 30 tahun ini, sejujurnya, saya sedikit gusar. Saya tidak memilih namun ciri-ciri utama yang penting itu sebenarnya menentukan masa depan serta kehidupan saya sekeluarga kelak”
“Saya tidak mahu terburu-buru dalam memilih calon suami. Tidak dinafikan, saya ada ego sendiri kerana itu saya meletakkan kematangan sebagai ciri utama dalam mencari lelaki idaman,” katanya dipetik daripada Utusan Online.
Tambah Neelofa, dia juga lebih suka menguasai perhubungan, maka dia perlu bijak mengawal dirinya. Apa pun, semoga Neelofa berjumpa dengan pilihan hatinya satu hari nanti. (rtky/s)
0 Response to "Neelofa Suka Kuasai Hubungan, Mahu Teman Hidup Yang Matang"
Post a Comment