"Aku Penat Balik Kerja, Kau Curi Kereta Aku"

"Aku Penat Balik Kerja, Kau Curi Kereta Aku"



Sekarang ini tengah heboh di internet tentang kehilangan kereta jenis Mistsubishi Triton berwarna hitam milik pelakon Remy Ishak yang hilang malam tadi di sebuah kedai berhampiran kediaman beliau.
Kereta dengan nombor pendaftaran WSB 7332 itu adalah aset pertama yang dibeli Remy Ishak hasil titik peluh sebagai anak seni dan beliau sudah menggunakan kenderaan itu untuk urusan kerja dna peribadi sejak 6 tahun yang lalu.
“Kereta ini menyimpan banyak kenangan dalam hidup saya. Biarpun sedih, saya reda dengan apa yang berlaku dan anggap ujian ini ada hikmah disebaliknya,” ujarnya kepada Harian Metro hari ini.
Screen Shot 2016-03-16 at 1.55.58 PM
Menurut Remy Ishak sebelum singgah di kedai berhampiran kediaman untuk membeli barang keperluan beliau menghadiri satu sesi latihan pementasan Teater Cinduomato yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur bersama artis lain.
“Sebaik sahaja kembali dari kedai saya mendapati kereta sudah lesap. Saya segera menghubungi seorang rakan dan kami membuat laporan di Balai Polis Serdang setengah jam selepas kehilangan kereta itu,” tambahnya.
Remy Ishak turut berharap jika ada sesiapa ternampak atau menjumpai kereta tersebut supaya segera menghubungi beliau atau pihak polis untuk tindakan seterusnya. Bertabahlah Remy Ishak, mungkin ujian untuk rezeki yang lain pula. (rtky/m)

0 Response to ""Aku Penat Balik Kerja, Kau Curi Kereta Aku""

Post a Comment