Ella Terpaksa Kuruskan Badan Demi Konsert, Nafi Berbadan Dua

Ella Terpaksa Kuruskan Badan Demi Konsert, Nafi Berbadan Dua



Menjelang konsertnya yang bakal berlangsung pada 16 April ini, ratu rock negara, Ella kini banyak menghabiskan masa di gimnasium demi untuk menguruskan badan. Kata Ella, apa yang dilakukannya itu adalah untuk menjaga staminanya sekaligus tampil lebih yakin.
“Kalau nak dikira persiapan menjelang berlangsungnya konsert 16 April ini, rasanya banyak yang perlu diambil kira. Namun, saya terpaksa tekankan tentang perkara ini kerana ia melibatkan stamina yang akan menentukan mutu persembahan saya di pentas nanti”
“Tambahan pula, berat badan saya naik mendadak kebelakangan ini sehingga mencecah pertambahan 10 kilogram. Jadi sebelum terlambat, adalah perlu untuk saya lakukan sesuatu. Sekarang saya luangkan masa paling tidak sejam sehari di gim,” jelasnya kepada mStar Online.
Selain itu, Ella dalam masa yang sama menjelaskan bahawa dia kini belum lagi hamil. Ini kerana, beberapa perkongsian gambar di Instagram seringkali menampakkan seperti Ella sudah berbadan dua.
“Jangan salah anggap. Selain dalam usaha menguruskan berat badan, faktor baju juga harus diambil kira. Kalau perasan, saya memang sering mengenakan kemeja yang longgar dan saya selesa dengan penampilan sebegitu. Apa-apa pun, doa-doakanlah perkara yang baik itu,” katanya. (rtky/s)

0 Response to "Ella Terpaksa Kuruskan Badan Demi Konsert, Nafi Berbadan Dua"

Post a Comment