Elly Mazlein Sahkan Bercerai Tahun Lalu

Elly Mazlein Sahkan Bercerai Tahun Lalu



Jika semalam peminat menerima khabar gembira yang penyanyi dan juga pelakon, Elly Mazlein telah selamat menimang cahaya mata pertama beliau namun ada kisah kurang enak disebalik semua itu — status rumahtangga beliau yang menjadi tanda tanya.
Dalam temubual bersama Harian MetroElly Mazlein mengesahkan yang beliau sudah bercerai talak satu dengan suaminya yang juga pengarah drama, Azmi Hatta pada tahun lalu.
“Cukup untuk saya beritahu, saya dan Azmi bukan lagi suami isteri. Saya mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi lebih lanjut berkenaan perkara itu”
“Sudah tiba masanya saya memaklumkan perkara ini memandangkan saya sudah selamat bersalin. Jadi, tidak perlu lagi timbul sebarang spekulasi berkenaan hubungan kami selama ini,” ujar Elly Mazlein.
Beliau juga enggan mendedahkan punca penceraian mereka demi menjaga aib bekas suaminya itu selain tidak mahu sebarang masalah timbul dek kenyataan berhubung penceraian beliau kepada media selepas ini.
“Saya perlu kuat berdepan semua ini. Saya tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai penghalang untuk saya meneruskan hidup,” tambahnya lagi. (rtky/m)

0 Response to "Elly Mazlein Sahkan Bercerai Tahun Lalu"

Post a Comment