Syarul Ridzwan Jauhi Cinta Lokasi Demi Elak Konflik
Pelakon Syarul Ridzwan yang memenangi Anugerah Aktor Hero Pilihan serta Anugerah Pasangan Pilihan bersama Janna Nick menerusi Drama ‘Kau Aku Kita’ menjelaskan bercinta di lokasi penggambaran akan menjejaskan keserasian antara watak hero dan heroin.
Jelasnya, apabila bersama Janna Nick untuk drama ‘Kau Aku Kita’ dia begitu teruja dan senang bekerjasama antara mereka berdua walaupun jarak perbezaan umur.
“Saya selesa bersama Janna Nick dia seorang pelakon baru yang sangat hebat, versatil dan senang untuk bekerjasama dengannya. Untuk saya mencipta keserasian saya bercakap-cakap sambil mengusik dia daripada situ kita boleh masuk. Dia juga sangat profesional,” katanya yang turut disokong oleh mentornya pelakon Sheila Rusly yang mengatakan mereka berdua sangat profesional tanpa adanya cinta lokasi, kerana sebelum ini Syarul Ridzwan pernah dikaitkan dengan cinta di lokasi penggambaran tidak lama dahulu.
“Mereka berdua sangat profesional apabila bekerja. Saya lihat ini adalah yang terbaik kerana tidak mempunyai sebarang hubungan cinta lokasi yang patut dihindarkan supaya tidak timbulnya konflik di set penggambaran,” ujar Sheila Rusly.
Sementara itu, seperti sedia maklum Syarul Ridzwan telah meletakkan beberapa syarat apabila mahu bergandingan dengan pelakon wanita apabila tidak mahu bersentuhan.
“Saya ubah secara perlahan-lahan seperti tidak berpelukan, dan mendokong. Untuk drama ‘Kau Aku Kita’ banyak benda yang berlapik selain ‘camera trick’ dan proses editing yang bagus. Mungkin sebab itu drama ini menang malam ini. Tetapi bukanlah nak cakap depan TV saya tak buat belakang saya buat, saya cuma nak tonjolkan jadi yang lebih daripada semalam,” tambahnya lagi. (rtky/h)
0 Response to "Syarul Ridzwan Jauhi Cinta Lokasi Demi Elak Konflik"
Post a Comment