Ramona Zamzam Akui Belum Sedia Timang Anak
Bakal meraikan ulangtahun perkahwinan pertama pada 1 Mei ini, Ramona Zamzam dan suami masih mahu meluangkan masa berdua-duaan dan mengakui belum bersedia untuk menimang cahaya mata buat ketika ini.
“Alhamdulillah, selepas berkahwin Ramona rasa seronok. Rasa masih dalam musim percintaan walaupun sudah hampir setahun kahwin. Rasa belum puas bercinta dengan suami. Masih banyak yang Ramona ingin tahu tentang suami”
“Kami masih dalam proses saling mengenali. Ramona masih mahu bermanja-manja dengan suami. Mahu dia berikan sepenuh perhatian kepada Ramona. Apabila ada waktu terluang, Ramona mahu keluar berdua-duaan dengan dia”
“Perkara-perkara ini membuatkan Ramona mahu menangguhkan hasrat untuk menimang cahaya mata. Suami pun memahami dan dia tidak mempunyai isu tentang perkara ini. Mungkin selepas dua tahun usia perkahwinan, kami akan mula merancang untuk dapatkan anak,” katanya kepadaTonton Extra. (rtky/s)
0 Response to "Ramona Zamzam Akui Belum Sedia Timang Anak"
Post a Comment