Remy Ishak Sedang Mengenali Seseorang, Belum Sedia Kongsi Kisah Cinta
Mengakui bahawa dirinya tidak tidak tertekan untuk segera menamatkan zaman solonya, Remy Ishak dalam masa yang sama turut menyatakan bahawa dia kini dalam proses mengenali hati budi seseorang.
“Dahulu saya pernah cakap mahu berkahwin apabila usia mencapai 28 tahun namun sekarang sudah jauh tersasar. Jadi kali ini biarlah waktu dan jodoh sahaja menentukan dan saya tidak lagi berani untuk menetapkan soal itu kerana bimbang ia tidak menjadi,” jelasnya kepada mStar Online.
“Cukuplah kalau saya katakan saya sedang dalam proses mengenali seseorang dan berkenaan status sekarang rasanya belum masanya saya untuk bercakap lanjut mengenainya. Bukan apa kami masih dalam proses berkenalan dan kita tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa hadapan”
“Tiba waktunya nanti saya sendiri akan dedahkan kepada semua,” katanya. Semoga Remy dan pasangan akan selamat menjalin ikatan yang sah suatu hari nanti. (rtky/s)
0 Response to "Remy Ishak Sedang Mengenali Seseorang, Belum Sedia Kongsi Kisah Cinta"
Post a Comment