Akim Ahmad, Stacy AF Terima Rezeki Anak Ramai
Mengakui masih lagi awal berbicara tentang zuriat, Akim Ahmad yang sememangnya rapat dengan anak angkatnya, Bella menjelaskan bahawa dia tidak menolak jika rezeki yang dinantikannya itu tiba awal.
“Masih terlalu awal untuk berbicara soal zuriat tetapi saya tidak kisah jika diberi rezeki memiliki anak dalam masa terdekat. Saya selalu percaya bahawa anak adalah rezeki. Kalau dapat ramai anak pun, apa salahnya”
“Saya suka sebab nanti suasana dalam rumah akan jadi meriah. Apa yang datang, itulah yang terbaik daripada Allah. Semoga kami dikurniakan cahaya mata yang baik-baik,” kata Akim kepadaKosmo! Online.
Selain itu, pasangan pengantin baru ini juga sudah menyatakan hasrat untuk berbulan madu dengan mengelilingi Eropah secara backpacker, namun belum mempunyai sebarang perancangan tersebut kerana masing masing pun masih sibuk dengan kerjaya. (rtky/s)
0 Response to "Akim Ahmad, Stacy AF Terima Rezeki Anak Ramai"
Post a Comment