Siti Saleha Belum Sedia Bawa Jejaka Jumpa Keluarga
Enggan bercerita lanjut mengenai lelaki yang baru dikenalinya, Siti Saleha menjelaskan dia selesa bersama lelaki berkenaan lebih-lebih lagi dilengkapi dengan karakter yang menghiburkan dan kelakar.
“Saya baru sahaja mengenali seseorang jejaka ini, namun saya rasa terlalu awal untuk bercerita lanjut mengenainya. Cuma saya boleh kata saya rasa senang dan selesa dengannya kerana personalitinya yang sangat kelakar dan menghiburkan,” jelasnya.
Tambah Siti Saleha lagi, buat ketika ini dia belum bersedia untuk membawa jejaka tersebut untuk bertemu degan keluarganya lagi.
“Saya hanya akan bawa jika kami sudah lama berkawan dan berkenalan sekurang-kurangnya apabila hubungan kami mencecah usia setahun atau lebih,” katanya kepada portal Murai.
Sebelum ini, pelakon ini mengakui sudah memutuskan hubungan bersama jejaka dari Portugal namun Siti Saleha enggan mendedahkan sebab perpisahan tersebut. (rtky/s)
0 Response to "Siti Saleha Belum Sedia Bawa Jejaka Jumpa Keluarga"
Post a Comment