Lisa Surihani Mahu Beri Sepenuh Perhatian Kepada Keluarga

Lisa Surihani Mahu Beri Sepenuh Perhatian Kepada Keluarga


Mengakui kehidupannya berubah selepas mendirikan rumahtangga lebih-lebih lagi setelah kelahiran Yahaira Leanne, Lisa Surihani dalam masa yang sama turut menjelaskan dia tidak menolak kemungkinan untuk menarik diri daripada industri hiburan.
“Sejak ada anak, segalanya berubah. Jika dulu keutamaan saya berbeza, sekarang it’s all about her. Mengenai kerjaya lakonan, saya terbuka untuk perlahankan aktiviti lakonan agar dapat luangkan masa dengan anak”
“Bila tiba masa sesuai, saya akan kembali aktif. Saya juga tidak menolak kemungkinan untuk bersara. Jika saya perlu memilih antara kerjaya atau motherhood, saya pasti memilihmotherhood. Tapi saya tidak pernah meletakkan jangka masa sasaran untuk saya meninggalkan dunia lakonan,” jelas Lisa kepada portal Tonton Extra.
Selain itu, pelakon ini juga dalam masa yang sama sangat bersyukur di atas rezekinya yang diterima ketika ini malah Lisa juga menjelaskan dia tidak ralat sekiranya dia meninggalkan industri hiburan kerana namanya tidak berdepan sebarang kontroversi. (rtky/s)

0 Response to "Lisa Surihani Mahu Beri Sepenuh Perhatian Kepada Keluarga"

Post a Comment