Siti Nurhaliza Berehat 6 Bulan, Fokus Pada Keluarga

Siti Nurhaliza Berehat 6 Bulan, Fokus Pada Keluarga



Sebelum ini, Dato’ Siti Nurhaliza pernah menyatakan hasratnya untuk berehat dari dunia seni. Malah terdengar juga khabar angin mengatakan bahawa selebriti kesayangan ramai ini akan bersara selepas mengadakan Konsert Dato’ Siti Nurhaliza & Friends pada 2 April ini.
Sementara itu, menurut laporan forum CARI, memang benar Siti Nurhaliza akan bersara namun bukanlah bermaksud beliau akan terus meninggalkan dunia seni, sebaliknya hanya mengambil rehat selama 6 bulan – sebelum kembali aktif selepas Aidilfitri nanti.
Sebelum ini, selepas berita mengenai dirinya keguguran, Siti pernah menjelaskan dia mahu berehat sebentar dari dunia hiburan kerana mahu memberikan tumpuan kepada keluarga dan usaha untuk mendapatkan zuriat.
Semoga apa yang dirancangkan Siti akan dipermudahkan. Mungkin juga Siti dan juga suaminya, Dato’ K akan berbulan madu lagi, siapa tahu? Apa yang pasti, iringan doa peminat sentiasa bersama penyanyi ini. (rtky/s)

0 Response to "Siti Nurhaliza Berehat 6 Bulan, Fokus Pada Keluarga"

Post a Comment