Almy Nadia Tidak Kecil Hati Dikritik Sebab Gemuk

Almy Nadia Tidak Kecil Hati Dikritik Sebab Gemuk



Tidak habis-habis diasak dengan pertanyaan, kritikan dan juga hinaan di laman sosial hanya kerana tidak kurus selepas mengandungkan anak pertama, pelakon Almy Nadia menyatakan bahawa dirinya sedikit pun tidak berkecil hati dengan apa yang diperkatakn terhadapnya.
“Saya rasa mereka sudah tidak berguna pada saya. Kalau saya fikir dan terasa hati, mereka siapa dengan saya? Bukan Tuhan beri duit kepada saya untuk makan atau kerja. Mereka hanya boleh bercakap tetapi mereka hanya tambah dosa sendiri”
“Saya sedikit pun tidak kecil hati. Sebenarnya saya sudah kurus. Berat pun sudah turun ke sekitar 60 kilogram tetapi orang tidak nampak sebab saya tidak muat naik apa-apa gambar (di media sosial) tentang diri saya langsung".
“Saya tidak mahu muat naik sebab bila muat naik kena hina dan maki sebab orang tidak nampak. Orang cuma nampak masa saya gemuk. Impian kurus sudah tercapai tetapi tiba-tiba mengandung pula, rezeki Allah bagi. Kami tak rancang,” jelasnya kepada portal The Malay Mail Online.
Sementara itu, mengenai soal berlakon pula, Almy menjelaskan adalah lebih wajar sekiranya dunia lakonan hari ini wajar dibarisi pelakon baharu untuk memberi kelainan kepada penonton.(rtky/s)

0 Response to "Almy Nadia Tidak Kecil Hati Dikritik Sebab Gemuk"

Post a Comment