“Saya Tak Pernah Kisah Orang Nak Kata Apa”

“Saya Tak Pernah Kisah Orang Nak Kata Apa”



Seringkali dipandang negatif oleh sesetengah pihak terhadap sebarang perkara yang dilakukannya, Rozita Che Wan atau mesra dengan panggilan Che Ta menjelaskan bahawa dia tidak pernah mengambil pusing kata-kata negatif yang dilemparkan.
“Saya tak pernah nak ambil kisah orang nak kata apa, sebab kami tak pernah minta apa-apa daripada mereka. Mulut manusia, biasalah. Kalau saya nak terasa dengan kata-kata orang kat laman sosial tu, kurus kering jadinya”
“Nanti bila mereka dah bosan, berhentilah memberi komen tu,” jelasnya kepada Utusan Online. Tambah Che Ta, di dalam setiap perkara yang dilakukannya, dia sentiasa akan menetapkan niat untuk membantu orang lain.
“Sebenarnya bila keluarkan produk, secara tidak langsung saya memberi pendapatan kepada orang lain juga. Bila kita berkongsi rezeki dengan orang, Allah akan lipat gandakan rezeki kita”
“Apa yang kita beri, itulah yang akan kita dapat. Macam orang selalu kata kenapa saya bawa jurufoto bila bercuti ke luar negara. Bukan nak menunjuk tapi saya memberi pekerjaan kepada jurufoto itu. Takkan saya senang-senang nak bagi duit pada orang tanpa bekerja, lainlah kalau orang tu susah”
“Orang di luar sana tak tahu maksud saya, tau main hentam saja. Sedangkan jurufoto itu tak ada masalah pun, selain bekerja dia dapat melancong lagi. Begitu juga bila saya pi umrah, saya tetap bawa jurufoto. Bukan nak bergambar pun, saja nak bagi peluang jurufoto tu pergi buat umrah,” katanya lagi. (rtky/s)

0 Response to "“Saya Tak Pernah Kisah Orang Nak Kata Apa”"

Post a Comment