Siti Saleha Akui Bahagia Dengan Kekasih Melayu, Masih Terlalu Awal
Satu perkara tentang Siti Saleha yang sering menjadi bualan peminat adalah pilihan beliau dalam soal bercinta. Selama berada dalam industri hiburan, Siti Saleha sering dikaitkan bercinta dengan jejaka Eropah. Menarik kan? Hmm.
Dalam temubual bersama Utusan Malaysia hari ini, Siti Saleha mengakui yang dirinya kini sedang bahagia dengan kekasih barunya namun tidak mahu terlalu lena dalam keasyikan bercinta yang sebenarnya masih di peringkat awal.
“Bohonglah kalau saya kata tak gembira dengan hubungan ini. Perasaan ini juga dilalui semua pasangan kekasih. Kita gembira kalau ada teman yang boleh kita mengadu suka duka, bercerita aktiviti harian dan pengalaman hidup masing-masing”
“Saya pun tidak menyangka boleh menerima cinta baharu selepas mengalami episod sedih putus cinta hujung tahun lalu,” ujarnya.
Siti Saleha turut berkata jejaka Melayu yang kini bergelar kekasihnya itu datang dari golonga bukan artis dan biasa biasa sahaja namun bagi dirinya lelaki tersebut seorang yang luar biasa kerana sering menghiburkan dirinya.
“Kalau orang kata jejaka Eropah romantik berbanding Melayu, saya tak rasa begitu. Yang penting adalah penerimaan masing-masing. Lagipun kekasih saya sekarang ini nama saja orang Melayu”
“Latar belakang keluarganya bukan daripada kelompok orang Melayu semata-mata malah terdiri daripada serata dunia. Mungkin pergaulan dan cara pemikirannya itu membuatkan kami selesa berkawan,” tambahnya lagi.
Siti Saleha juga masih terlalu untuk beliau bercakap tentang masa depan hubungan ini kerana ianya masih baru dan belum lagi terbuka hati untuk bawa bertemu keluarga selagi belum ada perbincangan serius untuk berkahwin. (rtky/m)
0 Response to "Siti Saleha Akui Bahagia Dengan Kekasih Melayu, Masih Terlalu Awal"
Post a Comment