Aliff Azis Bakal Nikah Lepas Aidilfitri


Aliff Azis Bakal Nikah Lepas Aidilfitri
Setelah selesai mengikta tali pertunangan pada Disember tahun lalu, penyanyi Aliff Aziz menyatakan kepada mStar Online bahawa mereka bakal melangsungkan perkahwinan bersama Bella Astilla selepas sambutan hari raya Aidilfitri pada Julai depan.
“Insya-Allah jika tiada aral melintang kami berdua akan disatukan sebagai suami-isteri selepas hari raya tetapi belum ada sebarang tarikh lagi buat masa ini. Bagaimanapun kami berdua sudah pun mula membuat persiapan kerana tidak mahu melakukan pada saat-saat akhir dan Alhamdulillah sehingga sekarang 40 peratus sudah pun siap,” katanya.
“Perancangannya kami hanya akan mengadakan resepsi di Kuala Lumpur dan hanya membuat resepsi kecil-kecilan di Singapura dan Sabah. Mengenai tajaan kami tidak mengharap dan sekiranya ada itu adalah rezeki kami berdua,” jelasnya.
Sebelum ini, Aliff pernah menafikan dakwaan bahawa dia berkahwin sekadar untuk menutup kisah silamnya. Apa pun, semoga segala persiapan menuju gerbang perkahwinan pasangan ini akan dipermudahkan dan dilimpahi rezeki. (rtky/s)

0 Response to "Aliff Azis Bakal Nikah Lepas Aidilfitri"

Post a Comment