Uqasha Senrose Sekat Pengikut Biadap Di Laman Instagram

Uqasha Senrose Sekat Pengikut Biadap Di Laman Instagram



Tidakh habis habis diekori kontroversi, Uqasha Senrose melalui BH Plus menyatakan bahawa dia kini menyekat akses pengikut di akaun laman sosial miliknya yang biadap kerana tidak mahu terus terjerumus dalam lembah kritikan tidak membina dan negatif.
“Benda sudah berlalu, jadi biarlah ia pergi. Cerita lama. Sebagai manusia biasa, saya sendiri tak dapat lari daripada berbuat salah. Belum habis cerita baharu, ada pula yang timbulkan cerita lama”
“Mentaliti sesetangah orang kita terlalu melihat yagn negatif hingga benda yang baik dilupakan. Bukan bermaksud saya tak boleh terima teguran. Tetapi, jalau nak menegur sekalipun, biarlah berhemah,” jelasnya.
Mengakui dirinya juga hanyalah manusia biasa, Uqasha menjelaskan apa yang dilakukannya itu adalah untuk dirinya sendiri selain mahu mengelakkan dirinya terkesan dengan perkara negatif.
“Jangan cakap ikut sedap mulut saja. Kenapa perlu saya ‘simpan’ orang yang tegur keterlaluan. Jadi leboh baik saya sekat akses mereka di alamn sosial daripada terus merosakkan mood diri sendiri,” katanya. (rtky/s)

0 Response to "Uqasha Senrose Sekat Pengikut Biadap Di Laman Instagram"

Post a Comment