Raja Farah Akui Bukan Mudah Hadapi Tohmahan
Terpalit dengan tuduhan mandul selepas lima tahun mendirikan rumah tangga tanpa zuriat bersama bekas suami, Raja Farah tidak menafikan yang beliau pernah bimbang perkahwinan terbarunya juga gagal memberi zuriat seperti perkahwinan yang terdahulu.
“Pernah saya tanyakan kepada suami, jika benar saya tidak boleh mengandung, apa yang dia akan lakukan? Sampai sebegitu sekali rasa ragu dan bimbang saya”
“Ternyata saya telah mengahwini seorang lelaki yang sangat positif. Dia tidak melihat perkara ini sebagai sesuatu yang menakutkan. Jawapannya buat saya ketika itu amat mudah dan ringkas – tidak mengapa kita terus berdoa dan berdoa. Itu sahaja”
“Ada yang meminta maaf kerana pernah menuduh saya macam-macam sebelum ini. Bagi saya perkara ini normal semua orang membuat kesalahan. Berhati-hati sebelum menjatuhkan hukuman kepada orang lain juga,” katanya kepada Utusan Online.
Selain itu, Raja Farah juga mengakui perkara tersebut bukanlah mudah untuk dihadapinya, lebih-lebih lagi dirinya sendiri adalah insan yang cepat sensitif dan emosinya mudah terpengaruh.(rtky/w)
0 Response to "Raja Farah Akui Bukan Mudah Hadapi Tohmahan"
Post a Comment