Misha Omar Sah Hamil Anak Pertama

Misha Omar Sah Hamil Anak Pertama




Tahniah kami ucapkan kepada Misha Omar kerana telah hamil anak pertama selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.
“Saya tahu ramai yang mendoakan saya segera menimang cahaya mata namun saya tidak pernah memberikan tekanan kepada diri. Saya dan suami hanya berusaha, selebihnya kami serahkan kepada Allah”
“Sebagai wanita, disahkan hamil adalah antara detik yang paling dinanti kerana ia menjadi permulaan yang melengkapi lagi hidup ini. Saya terharu kerana permulaan tahun 2016 membawa pelbagai kenangan manis dalam hidup ini”
“Secara jujur, tidak banyak yang dapat dikongsi kerana semuanya masih terlalu baharu. Alhamdulillah pada permulaan ini, saya tidak berdepan dengan alahan teruk malah setiap urusan kerja berjalan lancar,” katanya yang turut bersyukur kerana suami menjaganya dengan baik.(rtky/s)

0 Response to "Misha Omar Sah Hamil Anak Pertama"

Post a Comment