Atu Zero Bakal Bergelar Bapa

Atu Zero Bakal Bergelar Bapa


Tahniah kami ucapkan kepada Atu Zero dan juga isteri kerana bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi. Pelawak dan pelakon itu berkongsi rasa gembira tersebut di Instagram bersama gambar alat ujian kehamilan.
“Salam semua. Alhamdulilah..Tadi biniku hantar gambar katanya sudah berisi. Doakan yang baik-baik ya,tujuan saya bukan nak ribut-ribut. Minta maaf ya semua , saya mahu berkongsi sahaja kalau salah maafkan.Tidak lama lagi jadi bapa sudah saya,” katanya.
Atu dan juga isteri, Shafeeqa Johari telah selamat diijabkabul pada 8 Februari lalu dalam satu majlis meriah yang dihadiri keluarga dan juga rakan selebriti.
Nampaknya selepas ini keluarga Zero pasti akan lebih meriah dengan kehadiran cahaya mata baru ini. Malah Oktober tahun lalu, isteri Syaiful Zero juga disahkan turut hamil. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. (rtky/s)

0 Response to "Atu Zero Bakal Bergelar Bapa"

Post a Comment