Teman Lelaki Sentiasa Sokong Atikah Suhaime Walau Dilanda Kontroversi

Teman Lelaki Sentiasa Sokong Atikah Suhaime Walau Dilanda Kontroversi



Atikah Suhaime mengakui bahawa dia belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga dan mahu memberikan perhatian kepada kerjaya terlebih dahulu. Malah perkara itu turut dipersetujui oleh teman lelakinya.
“Belum terfikir lagi untuk berkahwin, Insya-Allah kalau ada jodoh pasti saya akan maklumkan kepada semua. Buat masa ini biarlah saya memberi fokus kepada karier terlebih dahulu kerana saya pun masih baharu dan banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari”
“Kami masih muda dan jauh lagi perjalanan kami. Buat masa ini biarlah kami stabilkan karier terlebih dahulu dan barulah fikir soal kahwin,” jelasnya kepada mStar Online.
Tambahnya, dia dan teman lelaki tidak menetapkan satu tempoh tertentu untuk berkahwin dan meletakkan perkara itu kepada jodoh. Apa yang penting adalah teman lelakinya tidak henti-henti memberi sokongan walaupun terpalit kontroversi beberapa kali. (rtky/s)

0 Response to "Teman Lelaki Sentiasa Sokong Atikah Suhaime Walau Dilanda Kontroversi"

Post a Comment