Abby Abadi Kini Sudah Hamil?

Abby Abadi Kini Sudah Hamil?



Melalui satu perkongsian gambar pelakon Norman Hakim di akaun Instagram baru-baru ini, terdapat satu persoalan yang masih belum dijawab oleh bekas isterinya. Gambar yang dimuatnaik tersebut ialah gambar ketika Norman menziarahi ibu dan ayah kepada bekas isterinya, Abby Abadi.
2- Abby Abadi Kini Hamil? - ROTIKAYA
Dalam komen pada gambar tersebut, Norman sempat mengusik mengenai gurauan ‘mak buyong’ yang lazim difahami oleh masyarakat bahawa perkara berkenaan adalah gelaran bagi mereka yang hamil.
Bagaimanapun usaha Media Hiburan Online yang menghubungi Norman bagi mendapatkan kepastian bagi perkara berkenaan gagal mendapatkan jawapan yang sebenar kerana Abby tidak memberikan sebarang respons yang mengiyakan perkara tersebut.
“Tak pastilah sama ada perkara itu benar atau tidak, sebab Abby hanya memberikan respon yang dia sendiri tidak mengiyakannya,” jelas Norman.
3- Abby Abadi Kini Hamil? - ROTIKAYA
Sementara itu, melalui akaun Instagram Abby sendiri, dia mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan menyatakan biarlah perkara tersebut menjadi rahsia. Apa pun, jika ia adalah benar, semoga Abby selamat menjaga kandungan dan dipermudahkan segala urusan. (rtky/s)

0 Response to "Abby Abadi Kini Sudah Hamil?"

Post a Comment