Ammar Alfian Selamat Bergelar Suami

Ammar Alfian Selamat Bergelar Suami



Tiada angin tiada ribut tahu tahu saja melalui Instagram beliau baru baru ini, Ammar Alfiankongsikan beberapa gambar sekitar majlis pernikahan beliau dengan gadis pilihan dan ini banyak timbulkan persoalan di kalangan peminat.
Maklumlah pelakon berbadan sasa itu sebelum ini sering dilanda kontroversi yang tidak pernah habis. Namun, keputusan Ammar Alfian untuk mendirikan rumah tangga disambut baik para peminat yang meninggalkan komen di Instagram beliau.
Menurut laporan Kosmo! baru baru ini, Ammar Alfian berkata beliau sengaja mendiamkan diri dalam soal perkahwinan ini kerana merasakan dirinya bukan lagi seorang selebriti selain tidak mahu lagi dikaitkan dengan dunia seni.
Mungkin ini satu keputusan yang baik buat Ammar Alfian untuk meneruskan hidup sebagai ketua keluarga selepas ini. Mana tahu, beliau akan lebih disayangi peminat dan berubah menjadi lelaki yang lebih baik kelak.
Lagi gambar sekitar perkahwinan Ammar Alfian dan gadis pilihan beliau dibawah yang berlangsung pada 6 Mac yang lalu, enjoice! (rtky/m)

0 Response to "Ammar Alfian Selamat Bergelar Suami"

Post a Comment