Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Jihan Muse, Ungku Hariz

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Jihan Muse, Ungku Hariz


Tahniah kami ucapkan kepada Jihan Muse kerana telah selamat bergelar isteri kepada Ungku Hariz dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan ringkas di Laman Kayangan, Shah Alam.
Jihan dan Ungku Hariz dinikahkan bapa pengantin perempuan, Musa Abdul Aziz bersaksikan Pendaftar Kanan Perkahwinan, Cerai dan Rujuk Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Muhamad Sujak Muhamad Dasuki, bapa Ungku Hariz Ungku Mohamed Fadli, adik-beradik dan keluarga terdekat.
Pengantin perempuan menerima RM 300 sebagai mas kahwin dan saling berbalas lima dulang hantaran. Bagaimanapun, pasangan pengantin merahsiakan jumlah wang hantaran.
Sementara itu, majlis resepsi pasangan yang bertemakan klasik rekaan busana dari Man Kajang dan solekan, Deqsha akan diadakan pada 27 Mac ini di Menara NAZA TTDI, Shah Alam. Kami kongsikan bersama anda gambar sepanjang majlis pernikahan berlangsung. (rtky/s)
Gambar Ihsan: Project2pi

0 Response to "Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Jihan Muse, Ungku Hariz"

Post a Comment