Sam Bunkface Bakal Jadi Bapa September Tahun Ini

Sam Bunkface Bakal Jadi Bapa September Tahun Ini



Tahniah kami ucapkan kepada Sam Bunkface dan isterinya, Aida Azira Husin, yang bakal menimang cahaya mata pada September depan. Menurut Sam kepada BH Online, dia sangat teruja untuk menanti kelahiran cahaya mata sulungnya itu.
“Sekarang Aida sedang hamil tiga bulan. Perasaan saya sudah tentu seronok dan teruja kerana selepas hampir setahun menunggu, akhirnya saya bakal dikurniakan cahaya mata. Setakat ini isteri saya tidak mengalami alahan teruk”
“Setakat muntah-muntah itu adalah perkara biasa. Kami bagaimanapun belum mengetahui jantina anak dalam kandungan. Saya pula tidak kisah berhubung jantina bayi, asalkan dia sihat dan sempurna,” jelasnya yang ketika ini belum memilih sebarang nama untuk anak mereka.
Selain itu, Sam juga dalam masa yang sama kini banyak membaca buku mengenai keibubapaan namun dia lebih memilih untuk mengikut saranan doktor. Sam dan Aida selamat bergelar suami isteri pada 25 April tahun lalu. (rtky/s)

0 Response to "Sam Bunkface Bakal Jadi Bapa September Tahun Ini"

Post a Comment