Gambar Di Sekitar Majlis Berinai Jihan Muse

Gambar Di Sekitar Majlis Berinai Jihan Muse



Bakal mengakhiri zaman bujang bersama pilihan hati, Ungku Hariz pada petang Ahad, 20 Mac ini, pelawak dan juga pelakon Jihan Muse sempat melangsungkan majlis berinai yang turut dihadiri kenalan dan juga rakan selebriti.
“Alhamdulilah, selepas lama berkenalan, akhirnya hubungan kami akan ke jenjang pelamin. Saya sudah bersedia bergelar isteri dan mengharapkan majlis berjalan dengan lancar,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Jihan, majlis persandingan akan berlangsung di lokasi berasingan di Shah Alam, pada 27 Mac ini. Sebelum ini, Jihan lebih selesa mengunci mulut mengenai perkahwinan mereka.
Apa pun semoga segala persiapan menghadapi hari pernikahan berjalan dengan lancar. Kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis berinai berlangsung. Enjoice! (rtky/s)
Gambar Ihsan: Project2pi

0 Response to "Gambar Di Sekitar Majlis Berinai Jihan Muse"

Post a Comment