Nazim Othman Umum Tarikh Perkahwinan Apabila Persiapan Selesai

Nazim Othman Umum Tarikh Perkahwinan Apabila Persiapan Selesai



Walaupun telah mengikat tali pertunangan kira-kira empat bulan lalu, pasangan romantis, Nazim Othman dan Bella Dally masih merahsiakan tarikh perkahwinan mereka.
“Alhamdulillah, persiapan perkahwinan saya dan Bella sedang giat dijalankan sejak kami bertunang tanpa sebarang isu yang memeningkan kepala. Bagaimanapun, untuk perkembangan lanjut saya hanya akan maklumkan dalam masa sebulan lagi selepas semua persiapan siap sepenuhnya”
“Sebenarnya saya dan tunang sudah sependapat untuk menjalani persiapan dengan tenang tanpa sebarang tekanan. Kami ingin mengurangkan sebanyak mungkin tekanan sepanjang tempoh pertunangan”
“Jadi, ini merupakan sebab utama saya tidak berkongsi perkembangan persiapan perkahwinan. Insya-Allah, apabila persiapan sudah selesai saya akan beritahu kepada umum,” jelasnya kepadaKosmo! Online.
Semoga majlis perkahwinan yang bakal diadakan akan berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan. (rtky/w)

0 Response to "Nazim Othman Umum Tarikh Perkahwinan Apabila Persiapan Selesai"

Post a Comment