Norman Hakim Tolak Tawaran Jadi Model Seluar Dalam, Pakaian Ketat

Norman Hakim Tolak Tawaran Jadi Model Seluar Dalam, Pakaian Ketat



Ramai sudah sedia maklum rasanya yang pelakon Norman Hakim antara selebriti tempatan yang rajin mengangkay besi untuk membina badan sejak beberapa tahun kebelakangan ini — semakin hari semakin sado orang kampung kata.
Sepanjang penglibatan Norman Hakim dalam dunia bina badan ini, beliau mengakui banyak menerima tawaran untuk menjadi model kepada pakaian sukan yang melekap di badan sehinggalah seluar dalam dari jenama luar negara.
Bercakap kepada Berita Harian, suami kepada Memey Suhaiza itu menolak untuk terbabit dengan tawaran sebegitu kerana sedar dirinya seorang lelaki Melayu yang beragama Islam selain ada batas yang perlu dihormati dan dijaga.
“Jika hendak difikirkan dari sudut membina rangkaian baru, tawaran itu memang bagus. Bagaimanapun saya takkan memakai pakaian bersazi kecil seperti seluar dalam,” jelas pelakon ini yang turut memiliki perniagaan gym sendiri.
“Kalau ada yang perhatikan gambar saya muat naik ke laman sosial oun saya memakai pakaian yang menutup aurat sehingga bawah lutut”
Dalam pada itu, Norman Hakim turut merancang untuk mengeluarkan pakaian sukan di bawah jenama sendiri tidak lama lagi. Jangan ketat sangat ya? (rtky/m)

0 Response to "Norman Hakim Tolak Tawaran Jadi Model Seluar Dalam, Pakaian Ketat"

Post a Comment