Sekitar Majlis Persandingan Shahrol Shiro & Anna Danisha Di Kluang, Johor

Sekitar Majlis Persandingan Shahrol Shiro & Anna Danisha Di Kluang, Johor



Boleh dikatakan sepanjang 24 jam yang lalu, ramai peminat dunia hiburan suka mendengar berita tentang pernikahan pelawak popular, Shahrol Shiro yang selamat bergelar suami kepada Anna Danisha dalam sebuah majlis di Kluang, Johor.
Hari ini, majlis persandingan Shahrol Shiro atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi dan isterinya Nor Farhanan Syamimi berlangsung dalam suasana penuh meriah di Dewan Jemerlang, Institut Pentadbiran Awam Negara (INTAN).
Pengantin lelaki penuh kacak dan segak mengenakan persalinan sut hitam manakala isterinya mengenakan persalinan serba hijau. Majlis resepsi sebelah pihak lelaki dijadualkan akan berlangsung pada Julai 2016.
Shahrol Shiro pernah berkahwin pada tahun 2008 namun berpisah selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan lalu, Shahrol dikurniakan seorang anak, Muhd Adam Danish yang kini berusia lapan tahun. (rtky/m)

Gambar IhsanERA fm & Kiri Kanan Studio

0 Response to " Sekitar Majlis Persandingan Shahrol Shiro & Anna Danisha Di Kluang, Johor"

Post a Comment