Mira Filzah Beri Amaran Kepada Pemilik Akaun Palsu

Mira Filzah Beri Amaran Kepada Pemilik Akaun Palsu



Selepas nama melonjak naik menerusi drama Cinta Si Wedding Planner, Mira Filzah beri amaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan namanya untuk mengaut keuntungan di Instagram Review.
“Ia mungkin perkara biasa dilalui bagi seseorang artis apalagi yang baru nak mencipta nama seperti saya. Awalnya saya tidak ambil pusing mengenai perkara itu kerana tidak mahu disifatkan mudah melatah”
“Namun selepas memikirkan ada individu yang tidak bertanggungjawab meraih keuntungan dengan membuka akaun menggunakan nama saya di Instagram, ia saya kira sudah melampau,” jelasnya kepada m Star.
Tegasnya lagi, beliau hanya memiliki satu akaun Instagram sahaja iaitu MFMIRAFILZAH yang diuruskan sendiri olehnya. Malah beliau juga meminta para peminatnya supaya tidak terpedaya dengan akaun palsu itu. (rkty/w)

0 Response to "Mira Filzah Beri Amaran Kepada Pemilik Akaun Palsu"

Post a Comment