Elly Mazlein Bakal Kongsi Wajah Dan Nama Anak Selepas 7 Hari Bersalin

Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein yang telah selamat bersalin pada semalam memaklumkan akan berkongsi nama dan wajah anak sulungnya itu selepas tujuh hari kelahiran bayi tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, Elly selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.5 kilogram di sebuah pusat perubatan di ibu negara. Menurut Elly Mazlein lagi, beliau bersalin dua minggu awal dari tarikh jangkaan bersalin iaitu pada hujung bulan ini.

“Alhamdulillah, saya selamat bersalin secara normal. Anak juga dalam keadaan sihat,” katanya akan menjalani proses berpantang secara tradisional.

Elly Mazlein mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan ini merupakan cahaya mata sulung mereka (rtky/m)

0 Response to "Elly Mazlein Bakal Kongsi Wajah Dan Nama Anak Selepas 7 Hari Bersalin"

Post a Comment