Elly Mazlien Kongsi Nama Anak Sulungnya Di Instagram

Elly Mazlien Kongsi Nama Anak Sulungnya Di Instagram



Setelah selamat melahirkan bayi pertamanya awal Mac lalu, Elly Mazlien mula berkongsi nama anak perempuannya itu kepada para peminatnya melalui hashtag yang terdapat di dalam caption gambar yang dimuatnaik iaitu – Putri Sara Sefhia.
Dalam posting yang dimuat naik di Instagramnya, beliau mendedahkan nama anaknya dengan menggunakan hashtag Putri Sara Sefhia berserta gambar anaknya yang menampakkan separuh daripada wajahnya.

Elly Mazlien Dedah Nama Puteri Sulongnya - ROTIKAYA
Elly sebelum ini telah mengesahkan bahawa beliau telah bercerai talak satu dengan suaminya yang juga pengarah drama, Azmi Hatta pada tahun lalu. Cukup untuk saya beritahu, saya dan Azmi bukan lagi suami isteri”
“Saya mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi lebih lanjut berkenaan perkara itu. Sudah tiba masanya saya memaklumkan perkara ini memandangkan saya sudah selamat bersalin. Jadi, tidak perlu lagi timbul sebarang spekulasi berkenaan hubungan kami selama ini,” katanya kepadaHarian Metro. (rtky/w)

0 Response to "Elly Mazlien Kongsi Nama Anak Sulungnya Di Instagram"

Post a Comment