"Saya Ke Indonesia Atas Urusan Perniagaan"

"Saya Ke Indonesia Atas Urusan Perniagaan"



Fathia Latiff menafikan gosip hangat yang diperkatakan diantara beliau dan pelakon kacak Indonesia, Baim Wong berikutan gambar-gambar mesra yang tersebar di laman media.
Fathia menerusi portal Utusan Malaysia juga menidakkan lawatan beliau ke Indonesia beberapa minggu lepas berjumpa Baim Wong dan hanyalah atas urusan perniagaan sahaja.
“Tidak, saya ke sana atas urusan perniagaan, tidak ada kena mengena dengan Baim. Tambahan pula saya ke Yogyakarta bukan ke Jakarta. Jadi tidak ada kena mengena mahu jumpa Baim atau sesiapa”
“Kami kawan, dan saya berkawan dengan ramai orang. Tiada istilah istimewa atau apa. Ggambar tersebut juga diambil ketika kami bekerjasama dalam sebuah drama baru-baru ini,” jelasnya lagi.
Selain itu, Fathia menegaskan bahawa urusan perkahwinan adalah perkara besar yang harus difikirkan dan gosip seumpama ini tidak sepatutnya tersebar tanpa pengesahan dari dirinya sendiri. (rkty/w)


0 Response to ""Saya Ke Indonesia Atas Urusan Perniagaan""

Post a Comment