Cecah Kutipan RM17 Juta, Munafik Atasi Polis Evo Sebagai Filem Paling Laris

Cecah Kutipan RM17 Juta, Munafik Atasi Polis Evo Sebagai Filem Paling Laris



Belum cukup tempoh sebulan ditayangkan di pawagam, kini filem Munafik sudah berjaya mencatat kutipan RM17 juta sehingga semalam sekaligus mengatasi filem Polis Evo yang mengambil masa selama 60 hari untuk mencapai kutipan RM17.54 juta.
“Kutipan di Malaysia saja mencecah RM15.5 juta manakala di Singapura mencatatkan kutipan S$440,000 dan Brunei, RM300,000. Jumlah ini mengatasi kutipan filem Polis Evo yang mengambil masa 60 hari untuk mencapai kutipan RM17.45 juta,” katanya kepada portal Kafebuzz.
“Filem ini membelanjakan kos sebanyak RM400,000 untuk promosi tetapi promosi paling berkesan adalah apabila penonton bercerita dari mulut ke mulut orang lain”
“Bagi Syamsul, dia menyatakan rasa bersyukur atas sambutan hebat filemnya kali ini dan cuma berharap pada mulanya agar filem ini mengatasi KL Gangster sudah cukup bagus,” katanya. Selain itu, Munafik juga mencatat sejarah sebagai filem Melayu paling tinggi kutipan dalam sejarah perfileman Singapura.
Sementara itu, Syamsul melalui kemaskini di akaun laman Facebooknya menjelaskan bahawa apa yang didoakannya kini sudah termakbul malah turut mahu melihat filem itu terus berjaya di Malaysia.
“Akhirnya termakbul doa. Jauh di sudut hati, ingin sekali melihat filem Islamik Dakwah dilihat sebagai antara filem berjaya di Malaysia. Jangan sesekali kita was-was dengan kuasa Tuhan. Allah maha mendengar doa dan rintihan semua hamba,” katanya.
Sebelum ini, menurut Syamsul, jumlah pawagam yang menayangkan filem tersebut turut ditambah oleh kerana sambutan hangat yang diberikan oleh penonton, iaitu sebanyak 120 pawagam (sebelum ini hanya 90). (rtky/s)

0 Response to "Cecah Kutipan RM17 Juta, Munafik Atasi Polis Evo Sebagai Filem Paling Laris"

Post a Comment