[VIDEO] Ibu Bapa Dedah Perangai Sebenar Ruhainies dan Risteena Di Rumah!


Bagi penggemar drama-drama tempatan, korang pasti kenal pelakon comel Ruhainies dan Risteena kan? Siapa sangka mereka ini adik beradik rupanya, patut muka ada iras sedikit kan. Risteena yang dilahirkan pada tahun 1989 merupakan kakak kepada Ruhainies. Risteena mula mencipta nama melalui drama Playboy Itu Suami Aku, Friday I’m In Love dan banyak lagi. Manakala Ruhainies pula mula dikenali melalui drama Hello Mr Perfect dan Jejak Karmila.
Sebelum ini Ruhainies pernah dikaitkan dengan mempunyai hubungan dengan Datuk Red dan Azrel Ismail. Berbeza dengan Ruhainies, Risteena kelihatan lebih pendiam dan matang. Melalui mStar Online, ibu bapa dedah perangai sebenar dua beradik ini. Hmm macam ni rupanya!

Ruhainies dan Risteena


Pendedahan Ibu Bapa

Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak artis, mereka sering memberi sokongan moral dalam perjalanan seni dua anak gadis mereka. Selain itu, mereka sentiasa memantau setiap aktiviti anak kerana mereka tinggal sebumbung. Sebagai ibu pula, dia memainkan peranan yang penting untuk menegur dan menasihati agar tidak cepat melatah dengan kontroversi yang melanda. Mereka sebagai ibu bapa juga keep cool dan tidak cepat tersinggung dengan cemuhan masyarakat.
Malah, mereka juga ada mendedahkan perangai sebenar dua beradik ini. Seperti mana anda lihat Ruhainies di media sosial, begitulah juga dia rumah. Seorang yang sangat nakal dan gemar mengusik. Risteena pula sedikit pendiam dan matang tetapi ceria.
Wahh sporting betul ibu ayah mereka ini kan? Yelah kalau bukan ibu ayah yang support siapa lagi kan?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

0 Response to "[VIDEO] Ibu Bapa Dedah Perangai Sebenar Ruhainies dan Risteena Di Rumah!"

Post a Comment