Aktor Aaron Aziz menceritakan detik cemas yang dilalui saat nyawanya seperti mahu dicabut dan diambil Ilahi.
Aaron menerusi akaun Instagram (IG)nya memuat naik keadaannya yang kini sedang terlantar di hospital.
Menerusi entri tersebut Aaron memberitahu ia bermula selepas suhu badannya tinggi secara tiba-tiba malam semalam dan dia rasa seperti hendak tumbang dan putus nyawa.
Apa yang terlintas difikirannya ketika itu adalah anak-anaknya serta keluarga.
Ketika detik cemas itu berlaku, Aaron sempat bermohon kepada Tuhan agar nyawanya tidak dicabut dengan cara sebegini kerana banyak perkara yang belum diselesaikan.
Berita itu mengejutkan peminat serta pengikut IGnya.
Rata-rata telah mendoakan agar Aaron segera sembuh.
0 Response to "“Anak-Anak Dah Menangis, Rasa Macam Sudah Tiba Masa Saya Untuk ‘PERGI’ “ – Aaron Aziz Ceritakan Detik Cemas Saat Nyawanya Seperti Mahu Diambil!."
Post a Comment