Tahniah!! King Coco Selamat Melahirkan Anak Lelaki!


Ternyata segala teka-teki jantina anak mereka terjawab apabila suaminya sendiri yang lebih dikenali sebagai Captain Azrin telah mengesahkan Marshaira Binti Ismail atau lebih dikenali sebagai Coco selamat melahirkan cahaya mata lelaki.
Melalui posting di Instagram, Coco sempat memuai naik sebuah video berterima kasih pada hospital kerana memberi layanan yang baik padanya sepanjang berada di sana.

Malah suaminya, Azrin turut berkongsi anak mereka berdua itu dilahirkan tepat pada jam 5:29 petang seberat 3.5kg di sebuah hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur, walaupun pernah berniat untuk melahirkan anaknya di luar negara.
Azrin turut tidak ketinggalan mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua orang tuanya, adik-beradik, saudara-mara serta rakan-rakan yang mengenalinya.
Sumber OhDuniawi

0 Response to "Tahniah!! King Coco Selamat Melahirkan Anak Lelaki!"

Post a Comment