Siapa yang ikuti perkembangan pelakon, Mawar Rashid mesti tahu akan cinta hatinya, Raf Yaakob atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob. Kalau dilihat, masing-masing selalu sahaja memuat naik gambar berdua di Instagram, diiringi kapsyen yang ‘sweet sweet’. Setelah perkenalan hampir setahun, perhubungan itu diakhiri dengan suatu ikatan yang sah petang semalam.
Sebelum kita mengintai foto-foto sekitar majlis pernikahan mereka, lebih istimewa, sehari sebelum bernikah, pasangan ini telah mengadakan majlis bersiram dan majlis berinai yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat. Memang jarang kita lihat selebriti adakan majlis bersiram ni. Nampak menarik!
Sebelum nikah, bersiram dulu
Mesranya anak-anak Raf dengan Mawar
Selepas upacara bersiram, diikuti pula dengan majlis berinai. Segak menggayakan busana Arda Putra, pasangan dua sejoli ini telah memilih tema Thai sebagai pilihan majlis berinai.
Segak menggayakan Arda Putra
Siram dah, inai pun dah. Akhirnya, Mawar sah bergelar isteri kepada kepada jejaki pilihan hatinya itu dalam majlis 3.20 petang semalam dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan serba indah itu telah diadakan secara tertutup, dimeriahkan oleh 500 orang tetamu bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.
Selamat diijabkabulkan
Bagi majlis itu, pasangan telah memilih rekaan Cosry untuk mendukung konsep Jawa tradisional.
Tema Jawa tradisional pilihan hati
Nampak secocok je diorang ni. Kami di OhBulan! mendoakan kebahagiaan Mawar dan Raf sehingga ke anak cucu. Selamat meyusuri alam berumah tangga!
0 Response to "[FOTO] Sekitar Hari Kebahagiaan Mawar Rashid & Raf Yaakob Berkonsepkan Jawa Tradisional"
Post a Comment