1. Adik Beradik Sharifah
Bercakap mengenai nama Sharifah, pasti kebanyakan peminat akan terus mengingati adik-beradik ini.
Manakan tidak, Sharifah Haslinda antara pelakon sekitar 90-an yang cukup terkenal dan diikuti Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah yang kini terkenal menerusi drama Girlfriend Aku Dari Neraka.
2. Keluarga Naza
Nama keluarga ini cukup disegani di Malaysia. Mempolori perniagaan automotif, didikan yang diberikan oleh Allahyarham SM Tan Sri Nasimuddin kepada anak-anaknya, S.M Faisal, Nur Diana, SM Nasarudin, SM Faliq dan Nur Nadia ternyata menjadikan empayar mereka cukup dikenali di serata dunia.
3. Anak – Anak Sidek
Buat yang lahir di zaman 80an dan 90an pasti akan mengenali anak – anak Sidek iaitu Misbun, Razif, Jailani, Rahman dan Rashid yang merupakan lagenda sukan Badminton negara. Kisah mereka ketika masih kecil yang telah diangkat menjadi komik dan rancangan kartun pernah mendapat sambutan yang sangat mengalakkan suatu ketika dahulu.
4. Keluarga Ngasri
Jika kisah keluarga mereka diangkat menjadi sebuah rancangan di kaca televisyen, kami pasti ianya pasti mendapat sambutan seperti The Kardashians. Bercakap mengenai keluarga Ngasri, setiap daripada mereka mempunyai auranya tersendiri.
Bermula dari Ngasri Sain yang merupakan personaliti terkenal di RTM, pengaruhnya turut disaingi anak-anaknya iaitu Naszeli, Nasrizal(Bell), Nasreen(Darling) danNasriah(Anne) apabila mereka sejak kecil lagi sudah mula menceburkan diri dalam dunia lakonan sehinggalah ke hari ini.
0 Response to "Ini Dia 4 Keluarga Tersenarai Sebagai Orang Paling Berpengaruh Di Malaysia. No 3 Keluarga Kebanggaan Malaysia."
Post a Comment