JALALUDDIN HASSAN DAN RAPIDAH SAH BERGELAR SUAMI-ISTERI.. CANTIK ISTERI BELIAU WALAUPUN MAJLIS TERTUTUP WOW (3 GAMBAR)

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan sah bergelar suami kepada Rapidah Abd Ghani, 44, dengan sekali lafaz pada pagi Ahad.
Pasangan itu disatukan sebagai suami-isteri pada pukul 10.55 pagi dalam upacara akad nikah yang diadakan di Masjid Bandar Tun Hussien Onn di sini.
Jalaluddin dan Rapidah dinikahkan oleh abang kepada pengantin perempuan iaitu Lokman Abd Ghani yang juga penggiat teater dan pengarah dihadapan Penolong Pendaftar Nikah dan Imam Masjid Bandar Tun Hussien Onn iaitu Mohd Faisal Mohd Noor.
Majlis pernikahan Jalaluddin yang dihadiri ahli keluarga kedua belah pihak.
Jalaluddin, 63, turut menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin kepada Rapidah, manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.
Rapidah yang juga seorang ibu tunggal turut menerima lima dulang hantaran termasuk sebuah kerusi urut yang berharga RM20,000 daripada pihak pengantin lelaki dan ia dibalas tujuh dulang hantaran.
Majlis itu dihadiri kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan sahabat handai.
Antara rakan artis yang dilihat turut memeriahkan majlis adalah Ashraf Muslim, Arash Mohamad dan Den Wahab.

Rapidah berseri di hari pernikahannya.
Dalam pada itu, pasangan mempelai turut diraikan dalam sebuah majlis kenduri yang diadakan secara sederhana di perkarangan masjid bagi meraikan hari bahagia mereka.
Jalaluddin dan Rapidah ketika ditemui bersyukur majlis tersebut berjalan dengan baik dan berharap semua pihak mendoakan kebahagiaan mereka sehingga ke akhir hayat.
“Alhamdulillah majlis yang dirancang berjalan dengan baik dan dapat diraikan bersama keluarga dan sahabat handai.
“Doakan kebahagiaan kami agar perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga akhir hayat,” katanya.
Pada 9 Oktober, mStar Online melaporkan Jalaluddin sedang dalam proses mengenali hati budi seorang ibu tunggal berusia 44 tahun yang dikenalinya melalui laman Facebook.
Jalaluddin sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Datin Hashimah Mad Ehsan selama 40 tahun sebelum arwah meninggal dunia pada 5 November 2016 akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah kencing manis dan paru-paru berair.

0 Response to "JALALUDDIN HASSAN DAN RAPIDAH SAH BERGELAR SUAMI-ISTERI.. CANTIK ISTERI BELIAU WALAUPUN MAJLIS TERTUTUP WOW (3 GAMBAR)"

Post a Comment