Jumaat lepas merupakan detik hitam bagi pelakon dan pengacara, Nadzmi Adhwa apabila dia dan beberapa lagi individu dicekup pihak polis berhubung dakwaan memiliki dadah ganja. Pelakon itu ditahan selepas hasil pemeriksaan menemui sebuah tin berisi daun ganja di tempat duduk bahagian pemandu kereta.
Nadzmi mengaku, terlalui percayakan rakan
Nadzmi mengaku dia antara individu yang ditangkap pihak polis pada jumaat lalu. Menerusi kenyataan dikeluarkan oleh syarikat pengurusannya, Mindorder Sdn. Bhd. memberitahu sebab penahanannya adalah kerana terlalu mempercayai rakan baiknya yang sudah lama dalam pemerhatian polis atas kesalahan miliki ganja.
Nasib tidak menyebelahi saya apabila pihak berkuasa menahan saya sewaktu berada bersamanya.Kesilapan saya adalah terlalu mempercayai teman dan terpengaruh. Bagaimanapun peristiwa ditahan pihak berkuasa banyak memberikan pengajaran kepada saya agar lebih berhati-hati dalam memilih kawan.
Nadzmi juga turut berkata bahawa dia dibebaskan tidak sampai 24 jam selepas ditahan. Nadzmi juga yakin bahawa dia tidak bersalah. Bagaimanapun, dia memohon maaf atas kesilapannya itu.
0 Response to "‘Saya Yakin Tidak Bersalah Dalam Hal Ini’- Nadzmi Adhwa Akui Ditangkap Polis, Terpengaruh Dengan Teman"
Post a Comment