Pelakon popular Nur Fazura kini telahpun terlibat dalam bidang nyanyian secara serius. Fazura turut telah mempunyai album pertamanya.
Baru-baru ini dikatakan Fazura tidak dapat menahan air mata daripada mengalir apabila mengetahui jumlah albumnya yang terjual.
Fazura menangis apabila dimaklumkan album terbarunya, ‘FAZURA’, telah terjual sebanyak 5,000 unit sejak berada di pasaran hampir dua minggu pada 23 Oktober lalu.
Fazura yang merupakan pelakon utama dalam filem ‘Pisau Cukur’ berkata dia tidak menyangka akan menerima kejayaan yang cepat.
Tambahnya lagi, dia bekerja dengan amat keras dan bersungguh-sungguh ketika menghasilkan album berkenaan.
Ini komen Fazura:
“Dari awal pembabitan dalam bidang nyanyian, saya hanya sekadar suka-suka. Tapi tak sangka syarikat yang besar seperti Universal Music percaya untuk buat album untuk saya.
“Saya menangis sebab tak sangka album pertama dapat kerjayaan dengan cepat sebab saya bekerja keras untuk album.
“Memang terkejut bila dapat tahu sebelum pelancaran dah terjual 5,000 unit sedangkan sekarang ini susah untuk menjual album”
Fazura berkata demikian ketika ditemui ketika majlis pelantikannya sebagai duta Sahajidah Hai-O Marketing dan pelancaran album terbarunya, FAZURA di One World Hotel, Petaling Jaya hari ini.
Album pertama Fazura itu mempunyai sembilan buah lagu iaitu Bangun, Bisa Apa, Cinderella (duet Fattah Amin), Lalu, Cinta Langka (feat Ariadinata SamSons), Hanya Tuhan Yang Tahu, Only God Knows dan Sayangi Dirimu.
Turut ditampilkan dua buah lagu bonus termasuk sebuah lagu bersama kumpulan Estranged iaitu Hancur Aku.
Malah, ketika menyampaikan lagu terbaru, Hanya Tuhan Yang Tahu, Fazura juga dilihat tidak dapat menahan rasa sebak.
Kata Fazura, sesiapa sahaja yang mendengar lagu tersebut juga akan menyentuh perasaan mereka sehingga boleh mengalirkan air mata.
Ini komen nya lagi:
“Apabila saya dapat kejayaan lagu Bisa Apa, semua orang turut menyanyi. Orang suka lagu yang patah hati.
“Jadi kali ini saya nak lagu yang lagi menyentuh perasaan bila dengar. Sebab itu bila saya nyanyian rasa kesedihan dan membuatkan saya tak boleh tahan sebak.
“Sudah tentu lagi bertambah sedih, perasaan bercampur kerana bersyukur dengan kejayaan yang saya capat hari ini”
Walaupun sudah bergelar pelakon dan penyanyi, Fazura berkata dia akan tetap memberikan tumpuan kepada bidang lakonan biarpun sibuk dengan promosikan albumnya yang disiapkan dalam masa lebih empat bulan.
Ini penjelasannya:
“Untuk siapkan album ini ambil masa lebih empat bulan sebab jadual tidak mengizinkan. Selain nyanyian, saya juga sibuk dengan promosikan drama, telefilem dan filem terbaru.
“Tapi saya akan tetap memberi tumpuan utama kepada kedua-dua bidang ini. Akan sibuk dengan pelbagai promosi selepas ini”
Semoga Fazura terus berjaya dalam bidang lakonan dan juga nyanyian. Sekiranya bekerja bersungguh sungguh sudah tentu menghasilkan karya yang hebat. Fazura lah contohnya.
Sebelum ini, beberapa kali telah tersebar klip nyanyian Fazura secara live yang sering menerima kecaman orang ramai.
Namun ianya sekalipun tidak meruntuhkan semangat Fazura untuk menjadi penyanyi dan menghasilkan album sendiri. TAHNIAH!
0 Response to "Air Mata Fazura Mengalir, Puncanya Album Lagu Beliau. Berapa Banyak Yang Terjual Yang Menjadi Puncanya. Berapa Banyak Tuh?"
Post a Comment