Enggan Menulis, Murid Umur Empat Tahun Ditampar Guru Sampai Telinga Berdarah


Akibat menampar kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di tadika dekat Sungai Jelok, Kajang pada Selasa lalu, seorang guru tadika ditahan polis pada 7.30 malam semalam di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang.
Bapa mangsa yang berusia 29 tahun yang ke pusat asuhan berkenaan kira-kira jam 6 petang untuk mengambil anaknya terkejut selepas dimaklumkan oleh guru besar kanak-kanak itu ditampar sehingga mengalami pendarahan pada telinga.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzafir Mohd Yussof, kanak-kanak berkenaan ditampar oleh guru tesebut kerana enggan menulis.
“Selepas dimaklumkan kejadian oleh guru besar, bapa mangsa membuat pemeriksaan dan mensapati terdapat kesan merah pada kedua-dua telinga dan pipi.

“Bertindak atas maklumat itu, suspek seorang wanita berusia 18 tahun ditahan di IPD Kajang jam 7.30 malam semalam,” katanya.
Beliau berkata, wanita berkenaan direman selama tiga hari bermula hari ini dan akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

0 Response to "Enggan Menulis, Murid Umur Empat Tahun Ditampar Guru Sampai Telinga Berdarah"

Post a Comment