Fizo Omar Enggan Adakan Majlis Baby Shower, Tidak Mahu Ikut Trend Selebriti Lain


Hampir setiap pasangan selebriti yang bakal menimang cahaya mata akan mengadakan majlis baby shower bagi meraikan kelahiran anak mereka. Namun, buat Fizo Omar beliau tidak mahu mengikut trend tersebut dan sebaliknya ingin mengadakan majlis doa selamat secara sederhana.
Setiap individu mempunyai pandangan berbeza. Pada saya, sempena meraikan kehadiran cahaya mata pertama ini kami sepakat untuk mengadakan majlis kesyukuran dengan menjemput pelajar tahfiz dan ahli keluarga terdekat.

Menggambarkan suatu permulaan yang baharu buat bayi kelak, saya selesa majlis dilakukan secara sederhana. Selain itu, kami juga perlu membuat persiapan daripada segi mental dan penerimaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa.
Bakal menimang cahaya mata perempuan pada bulan Disember ini, Fizo dan isterinya, Mawar Karim juga tidak berbelanja berlebihan untuk membeli keperluan bayi mereka. Fizo mengutamakan kesihatan isteri dan bayi didalam kandungan.
Dalam pada itu, Fizo juga belum mempunyai sebarang peranc angan untuk membuka akaun Instagram buat anaknya yang bakal dilahirkan nanti.

sumber

0 Response to "Fizo Omar Enggan Adakan Majlis Baby Shower, Tidak Mahu Ikut Trend Selebriti Lain"

Post a Comment