Anak adalah rezeki yang lebih bernilai dari wang ringgit.
Selayaknya pasangan suami isteri bersyukur atas rezeki daripada Allah SWT.
Dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
Anda juga boleh lihat tafsir di dalam Al-Quran Almumayyaz pada halaman 488
Antara bentuk rasa syukur adalah mengambil berat tentang hal anak kita.
Dengan demikian, terjalin hubungan harmoni dalam keluarga seterusnya lahirlah anak yang taat kepada ibu bapa serta terbentuklah watak anak yang soleh.
Apakah Proses Yang Praktikal Untuk Dapatkan Anak Soleh?
Terdapat 8 Tips Yang Dikongsikan Dari Blog islamituindah.my Iaitu:
1- Pilih Pasangan Kerana Agamanya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung – Hadis riwayat al-Bukhari.
2- Baca Doa Sebelum Lakukan Hubungan Intim
Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana. Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami.
Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” – Riwayat al-Bukhari.
3- Ambil Berat Keadaan Bayi Dalam Kandungan.
Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.
4- Jangan Lakukan Perkara Buruk Ketika Masih Mengandung.
Pasangan suami-isteri hendaklah sedar apa yang dikerjakan sehariannya terutamanya si ibu, agar tidak melakukan perkara buruk ketika si ibu mengandung kerana akan mempengaruhi bayinya nanti.
5- Terima Dengan Senang Hati Bayi Yang Dilahirkan.
Samada bayi yang dilahirkan perempuan atau lelaki, semestinya pasangan bersyukur kepada Allah SWT atas rezeki-Nya.
Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi.
6- Berikan Nama Yang Baik.
Jangan sesekali tersalah memberi nama.
Kerana nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupan kelak.
Sesungguhnya anak kita berhak diberi nama yang baik dan bagus didengar.
Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang salih.
7- Berikan Anak Itu Rasa Aman dan Tenteram.
Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.
Jangan cepat memarahi anak atas kesalahan mereka, sebaliknya cuba tegur dengan cara berhemah.
Kerana apabila kanak-kanak yang sering dimarahi, minda mereka akan terbantut.
Dalam surah an-Nahl ayat 125, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.”
Boleh rujuk tafsir di dalam Al-Quran Almumayyaz pada halaman 281 atau rujuk pada kitab Tafsir Ibn Kasthir.
8- Beri Pendidikan Agama Secukupnya.
Pendidikan agama seharunya bermula dari rumah.
Tidak semestinya mendidik anak secara formal.
Tunjukkan sikap yang baik sebagai seorang muslim beriman kepada anak-anak.
Contohnya mengaji Al-Quran di hadapan mereka.
Jika anda sendiri masih lagi tidak lancar untuk mengaji, boleh gunakan Al-Quran Almumayyaz sebagai panduan anda di rumah.
Demikianlah antara tips lahirkan anak soleh
0 Response to "NAK LAHIRKAN ANAK SOLEH?"
Post a Comment