TUE MAKAN DIA!! (Video) Akibat Berkaraoke Dalam Kereta,Lelaki Ini Terima Pengajaran Yang Tidak Mungkin Mampu Dilupakan Seumur Hidupnya!!


$%%Seorang wanita di Chengdu, China menerima nasib malang apabila aksinya berkaraoke di dalam kereta di rakam oleh pengguna jalan raya yang lain.

Di dalam video tersebut, wanita terbabit pada awalnya tidak mengetahui aksinya dirakam. Namun, setelah beberapa saat rakaman bermula, dia menyedari ada kamera yang sedang mengintipnya menyanyi seolah-olah sedang berada di dalam KTV.

Wanita tersebut dilihat menggunakan mikrofon berwarna emas untuk berkaraoke di dalam keretanya.

Walaupun sedar aksinya dirakam, wanita terbabit masih lagi meneruskan usahanya untuk menghabiskan lagu yang dinyanyikan biarpun ketika itu keadaan jalan agak sibuk.

Di akhir video tersebut, wanita itu dilihat memecut laju bersama dengan mikrofon emasnya dan apa yang lebih mengujakan, dia berjaya mengawal pacuannya walaupun mikrofon masih lagi ditangan.

Video tersebut kemudian disebar dan menjadi viral di laman web Weibo sehinggakan ia mendapat perhatian dari polis trafik.

Menurut Chengdu Eveing News, polis trafik kemudian menjejak wanita terbabit dan mengeluarkan saman sebanyak 200 yuan (RM133) dan juga menambah 2 mata demerit ke atas lesen wanita tersebut. Sekiranya dia mengulangi kesalahan yang sama; memandu sambil menyanyi menggunakan mikrofon; sebanyak enam kali, lesen memandunya akan dibatalkan dan dia perlu membuat lesen baharu untuk memandu di jalan raya.

0 Response to "TUE MAKAN DIA!! (Video) Akibat Berkaraoke Dalam Kereta,Lelaki Ini Terima Pengajaran Yang Tidak Mungkin Mampu Dilupakan Seumur Hidupnya!!"

Post a Comment